Isu Kini


Blog For Free!


Archives
Home
2004 April
2004 February

My Links
Tranung Kite
Harakah Daily
Antipharaoh's Blog
Tok Janggut WebBlog

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images

Sponsored
Create a Blog!


Left Bar HTML:
Penubuhan PKN tersasar dan bermotifkan politik
04.07.04 (10:01 am)   [edit]
Oleh [b]Saidatul Amani[/b]

KUALA LUMPUR, 7 April (Hrkh) - Matlamat asal penubuhan Program Khidmat Negara (PKN) tidak menepati impian Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan golongan remaja sebagai generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ini berikutan pelbagai masalah telah dilaporkan antaranya membabitkan pergaduhan yang melibatkan peserta Melayu dan Cina berlaku di kem Kuala Berang, Terengganu.

Manakala kejadian seorang peserta wanita mendakwa telah dipeluk dan diraba oleh pembantu perubatan sewaktu menerima rawatan kecederaan di kaki, telah berlaku di Kem PLKN Seri Impian Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menegaskan semua masalah yang berlaku itu menggambarkan perancangan dan dasar PKN bercelaru serta tidak menepati matlamat sebenar program itu ditubuhkan.

Beliau menegaskan, penubuhan PKN itu memang bermotifkan politik bukan untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah gejala sosial yang melanda golongan remaja khususnya Melayu.

Katanya, aduan yang diterima dari bekas pelatih yang mengikuti latihan di Kem PKN Perlis mengatakan, dalam sesi ceramah politik, penceramah tersebut mendakwa, `PAS merupakan satu parti yang boleh mengancam keamanan negara'.

Selain itu katanya, pelatih-pelatih di kem PKN Perlis juga dibenarkan menonton tayangan filem lucah.

Dan terbaru pada hari Ahad lalu berlaku pula kejadian histeria membabitkan para pelatih di Kem PDS Resort Port Dickson, Pasir Panjang.

Malaysiakini melaporkan seramai 17 peserta terpaksa dihantar ke Hospital Seremban untuk diberikan rawatan.

Salahuddin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat kesal dengan tragedi yang berlaku di semua kem PKN seluruh negara sebagaimana yang dilaporkan oleh pelatih-pelatih yang mengikuti kursus tersebut.

Menurut beliau, tragedi itu jelas membuktikan bahawa kerajaan tidak mempunyai agenda yang tertentu untuk membentuk keperibadian mulia pada generasi muda.

Beliau mempersoalkan apa matlamat kerajaan sehingga menghabiskan wang sebanyak RM 500 juta untuk mewujudkan kem latihan dan akhirnya para remaja disogok dengan budaya hedonisme.

Pemuda PAS Pusat telah menubuhkan pasukan pemantau dan telah menerima pelbagai aduan daripada pelatih lelaki dan wanita di seluruh negara.

"Pasukan pemantau itu bertujuan memerhati aktiviti PKN supaya tidak tersasar daripada matlamat asalnya," katanya ketika mengulas pemberian kad YES2NS kepada 85,000 pelatih PKN.

Kad YES2NS mempunyai pelbagai keistemewaan antaranya, pemilik kad masuk percuma ke konsert `Rock The World' pada 18 April ini, insurans seumur hidup bagi sebarang kemalangan semasa menyertai sukan lasak, baucer buku RM5 bagi setiap pembelian RM50 bagi satu resit, lawatan percuma ke Kelab Pan Global di Petaling Jaya dan berbagai lagi.

Salahuddin berkata, Pemuda PAS akan terus mengkaji dan menyusun segala aduan dan Pemuda akan memberi pandangan pada kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan. - mks



 
GMI dedahkan anak tahanan ISA hadapi tekanan jiwa
02.22.04 (5:43 pm)   [edit]
Anak seorang mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengalami penyakit mental yang serius disebabkan tekanan jiwa akibat penahanan ayahnya.

Abd Muaz Abd Samad disahkan mengalami keadaan itu oleh Pakar Perubatan Dr Mohd Hatta Shahrom dan beliau kini sedang dirawat di wad psikiatri Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Perkara tersebut didedahkan oleh Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang juga salah seorang daripada Isteri mangsa, Norlaila Othman melalui suratnya kepada Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

Selain itu beliau turut mendedahkan mengenai salah sebuah keluarga mangsa yang terpaksa berpindah ke rumah flat dua bilik setelah suaminya ditahan sedangkan sebelum ini mereka tinggal di rumah teres enam bilik.

Dalam surat tersebut, beliau menggesa Shahrizat segera membantu keluarga mangsa-mangsa tahanan ISA kerana institusi kekeluargaan mangsa tahanan ISA kini semakin musnah.

"Isteri dan anak-anak ini (tahanan ISA) bukan sahaja kehilangan orang yang mencari nafkah untuk mereka, malahan mereka juga kehilangan kasih sayang serta perhatian daripada orang yang mereka sayangi.

"Isteri terpaksa menjadi ibu tunggal dan memikul tugas seorang ayah untuk menyara anak-anak," kata beliau.

Antara lain dalam surat tersebut Norlaila juga menyenaraikan seramai 14 nama mangsa ISA yang patut dibebaskan kerana sudah ditahan selama dua tahun.

Sehubungan itu beliau meminta Shahrizat yang berperanan sebagai menteri yang menjaga kebajikan wanita di negara ini mendesak Menteri Dalam Negeri membebaskan tahanan-tahanan ISA untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga mangsa.

Surat yang ditulis oleh Norlaila itu telah diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Keluarga Wanita, Dr Abdul Razak Omar di pejabat kementerian itu. (HZ)

 
Tahanan rancang mogok lapar bantah ISA
02.22.04 (5:40 pm)   [edit]
TAIPING, 22 Feb (Hrkh)- Tahanan politik, Nik Adli Nik Abdul Aziz bersama 16 rakannya yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan melancarkan mogok lapar di Kem Tahanan Kamunting bermula 1 Mac ini.

Harakahdaily difahamkan mogok yang akan dilakukan adalah secara total, di mana mereka tidak akan mengambil sebarang makanan sehingga mereka dibebaskan.

Tindakan itu dilakukan kerana membantah penyambungan penahanan tanpa bicara mereka selama dua tahun lagi bermula September 2003, walau pun tuduhan penglibatan mereka dalam ‘kumpulan KMM’ tidak dapat dibuktikan kerajaan.

Difahamkan juga enam lagi tahanan yang dikaitkan dengan JI, yang tempoh tahanan mereka turut disambung 20 Februari lepas akan menyertai rakan-rakan mereka dalam tindakan protes ini.

Maklumat dari sumber-sumber juga memaklumkan bahawa, ramai pegawai penjara dari seluruh negara telah dihantar ke Kem Kamunting kerana kemungkinan mogok lapar tersebut akan turut disertai oleh beratus tahanan ISA lain.

Menurut satu sumber, kekesalan mereka terhadap kerajaan memuncak apabila anak Perdana Menteri yang syarikatnya terlibat dalam pembekalan komponen senjata nukleur secara haram hidup bebas.

Padahal, kegiatan itu lebih berbahaya kepada negara dan dunia dan melibatkan kemusnahan yang jauh lebih besar jika benarpun mereka terlibat dengan kegiatan yang dikatakan militan.

"Kerana dia anak PM, sedangkan Nik Adli cuma seorang anak pemimpin pembangkang," kata sumber itu.

Nik Adli didakwa terlibat pada mulanya Kumpulan Mujahiden Malaysia (KMM) tetapi nama kumpulan itu kemudiannya berubah kepada Kumpulan Militan Malaysia (KMM).

Sehingga kini, ayah Nik Adli, iaitu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah melawat anaknya.

"Siapa tidak sayang anak tetapi ini adalah langkah protes saya terhadap tangkapan tanpa bicara tersebut kerana saya kenal siapa anak saya," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Nik Adli memang pernah ke Afghanistan semasa belajar di Pakistan.

"Kalau dikatakan ini hasil laporan CIA, orang Amerikapun berjuang menentang Rusia ketika itu. Jadi apa salahnya. Lepas balik ke Malaysia, beliau hanya seorang guru di sekolah agama sebelah rumah saya," kata beliau.

Sebelum ini, ramai pemimpin KeADILan juga ditahan di bawah ISA selama dua tahun hanya kerana didakwa memiliki pelancar roket dan malotov coktail yang tidak pernah dibuktikan.

"Di Malaysia, bom petrol, kalau dakwaan itu benar, salah sehingga kena ISA dua tahun, tetapi membuat komponen senjata nukleur tidak salah hanya kerana dia anak PM," kata seorang pemerhati politik. - ER/zs



 
Tahanan ISA dibogelkan, janggut dibakar, isteri diganggu
02.22.04 (5:38 pm)   [edit]
Oleh [b]WAN NORDIN WAN YAACOB [/b]

TINDAKAN keras pihak berkuasa polis terhadap tahanan ISA, khususnya semasa siasatan 60 hari, yang mencabul hak asasi manusia memaksa tahanan melalui sekretariat Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) membuat laporan demi laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

[b]Terbaru, beberapa tahanan mendakwa [/b]

mereka didera secara fizikal dan mental selain menerima ugutan pegawai Cawangan Khas (SB) dimana jika mereka menggunakan khidmat peguam membela diri, penahanan akan dilanjutkan.

[b]Tahanan dibogelkan[/b]

Menurut salah seorang tahanan melalui surat yang dihantar kepada Harakahdaily, mereka pernah dibogelkan di hadapan pegawai penyiasat sambil pendingin udara dihalakan kepada mereka semasa soal siasat selama seminggu.

Beliau juga mengakui pernah disoal siasat dalam keadaan berdiri dari pagi hingga petang dengan pegawai penyiasat pernah mengugut akan menangkap isterinya jika beliau tidak memberi kerjasama.

Selain itu, seorang lagi tahanan mendakwa beliau pernah digari di khalayak ramai ketika mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan permintaan untuk mendapatkan hak perintah 'habeas corpus' dicabuli dengan pelbagai ugutan oleh pihak berkuasa, antaranya tidak dibenarkan untuk mengambil khidmat peguam.

"Saya turut dilarang untuk berbincang mengenai hak untuk mendapatkan habeas corpus semasa lawatan keluarga," tegas seorang tahanan lagi.

[b]Soalan SB tiada kaitan dengan penahanan[/b]

Tambahnya, beliau dikemukakan dengan soalan-soalan yang langsung tidak berkaitan dengan motif penahanan.

"Misalnya, mereka menyoal mengenai salah laku bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan mendakwa pihak pegawai cawangan khas mempunyai banyak bukti berhubung dakwaan salahlaku itu," katanya lagi.

Selain itu, katanya, pihak SB turut mendakwa Almarhum bekas Presiden PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor adalah "iblis yang memperalatkan Islam untuk kepentingan peribadi".

Tidak berhenti setakat itu, pegawai Cawangan Khas itu turut memfitnah Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Noor, dengan pelbagai tuduhan liar yang menjijikkan dan tidak berasas.

[b]Keterangan tahanan ditokok-tambah[/b]

"Semasa sesi presentasi dengan Penasihat Kem Tahanan, pegawai SB ini sering menokok tambah kenyataan kami, dengan mengaitkan hal-hal yang tiada kaitan, khususnya hubungan dengan Jamaah Islamiyah (JI) dan sebagainya," jelasnya lagi.

Bagaimanapun beliau mencelah menafikan kenyataan pegawai SB itu. Beliau turut tidak puas hati apabila Pengerusi Lembaga Penasihat Kemta memberi komen sepontan, sekali gus membuat kesimpulan, "walaupun kamu tak tahu, tetapi orang atas dalam kumpulan kamu tahu."


"Fakta dalam perintah tahanan dan alasan pertuduhan ditokok tambah sewenang-wenangnya," tambah salah seorang tahanan lagi. "Sebenarnya kami tidak pernah tahu isu Negara Islam Nusantara dan menumbangkan kerajaan melalui kekerasan bersenjata, seperti dakwaan pegawai SB.

"Kami dilemparkan pelbagai fitnah melalui media massa sedangkan siasatan ke atas kami belum lagi selesai," tegasnya lagi.

Mereka turut mendapat ugutan dari pegawai SB dan pihak berkuasa setelah pihak terbabit mendapat tahu keluarga mereka mendapatkan khidmat peguam dan berjumpa Suhakam semasa mereka dalam tahanan reman dulu.

[b]Solat dengan seluar pendek[/b]

Seterusnya, tahanan turut mendakwa bahawa mereka sukar untuk mendirikan solat kerana penjaga sel tahanan tidak memberitahu waktu solat dan enggan membuka pintu sel bagi tujuan mengambil wudhuk di bilik air.

"Kalaupun kami dibenarkan solat, kami tidak dibenarkan menutup aurat. Kami terpaksa menunaikan solat dalam keadaan berseluar pendek terutama sewaktu ditahan di lokap Alor Star," katanya lagi.

"Kami turut digesa untuk memberitahu parti mana yang kami sokong. Pegawai penyiasat mahu kami menyokong Umno dan kepimpinan yang ada sekarang, dengan menyatakan bahawa Malaysia sudah ternyata sebuah negara Islam," jelasnya dalam surat yang dihantar kepada Harakahdaily melalui beberapa sumber itu.

[b]Janggut dicukur[/b]

Sementara itu, seorang tahanan mendakwa janggut beliau dibakar kerana enggan mencukurnya.

Beliau juga disuruh menelan air liur yang diludah oleh pegawai penyiasat.

Selain itu, tahanan berkenaan digesa untuk menceritakan bagaimana melakukan hubungan seks bersama isteri, dan pegawai SB selalu menceritakan benda-benda lucah kepadanya.

"Saya turut dipaksa menulis surat mengesahkan tidak akan mengambil peguam untuk tujuan pembelaan," jelasnya, yang kini ditahan di Kem Tahanan Kamunting, berikutan dakwaan menyertai Kumpulan Militan Malaysia (KMM).

[b]Isteri diganggu[/b]

Dalam surat tersebut, tahanan-tahanan ISA itu mendakwa, pihak SB sering memberi tekanan kepada keluarga mereka termasuk gangguan seksual kepada isteri tahanan sewaktu dalam perjalanan ke Kamunting untuk melawat suami.

Justeru, pihak tahanan melalui suratnya kepada Suhakam menggesa badan asasi manusia tersebut meneliti aduan mereka, sementara mengkaji langkah untuk memberi cadangan kepada kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya mengatasi masalah tersebut seberapa segera.

KDN turut digesa mengambil tindakan ke atas pegawai SB yang disifatkan mencabuli hak asasi tahanan dan keluarga tahanan.

Antara tahanan ISA yang masih berada dalam kem tahanan di Kamunting sejak 2001 ialah, Ahmad Yani Ismail, Mat Sah Mohd Satray, Shamsuddin Sulaiman, Abdullah Mohamad Noor, Mohidin Shaari, Nik Abd Rahman Mustafa, Abdullah Minyak Silam, Ideris Salim, Muhammad Faiq Hafidh, Roshelmy Mhd Sharif, Nordin Ahmad, Shukry Omar Talib, Sharil Hat, Abd Murad Sudin, Abdul Razak Baharuddin, Mohd Sha Sharijan, Yazid Shufaat, Abd Samad Shukri Mohd dan Suhaimi Mokhtar.

Selain itu, 10 tahanan yang sedang menjalani penahanan sejak 2002 pula ialah, Muhd Ismail Ahmad, Zaini Zakaria, Zamzuri Sukirman, Mohd Azmi Abd Rahim, Zainun Rashid, Sabri Jaafar, Zamri Sukirman, Abdul Nassir Anwarul, Abdullah Daud, Mohd Nasri Ismail, Nasharuddin Nasir dan Sulaiman Suramin.

Mereka ditahan berikutan tuduhan terbabit dengan kegiatan keganasan KMM dan JI yang didakwa oleh kerajaan mahu menjatuhkan kerajaan secara kekerasan bersenjata.

Bagaimanapun mereka yang ditahan tidak pernah didakwa mahupun dibawa ke mahkamah manakala mereka turut menerima pelbagai ugutan.

Ramai antara mereka yang disambung penahanannya setelah tamat tempoh tahanan dua tahun tanpa bicara dalam ISA.

Sebelum ini Suhakam dalam Laporan Tahunan 2003 menyebut, ISA perlu dimansuhkan dan menggesa kerajaan melakukan pendakwaan ke atas mereka yang ditahan atau membebaskan tanpa sebarang pertuduhan.

Bagaimanapun sehingga kini hanya beberapa tahanan di bawah kesalahan yang sama dibebaskan sementara ramai lagi yang terus dizalimi dan tidak tahu bila mereka akan dibebaskan.



 
Lokman Noor Adam di Pecat
02.18.04 (5:03 am)   [edit]
Petang tadi Sdr Lokman Noor Adam telah dipecat drp Parti Keadilan Nasional dengan 3 alasan.

i. Memburukkan Parti di Media Massa
ii. Membuat tuduhan palsu
iii. Mengajak/mengumpat untuk masuk UMNO

 
BELUM JADI MB,BOLOT PROJEK PUSAT
02.18.04 (4:59 am)   [edit]
[b]Jin Matabiru[/b]

Selepas dikejutkan oleh pendedahan pembolotan projek jutaan ringgit oleh pemimpin umno Terengganu,sekali lagi MB mendedahkan pembolotkan projek Bekalan air oleh kerajaan pusat.Dimana Jusoh Ent. SDN BHD sebuah syarikat milik Deris Jusoh telah membolot dengan lahap nya projek dana Khas bekalan air bernilai RM82 Juta.

Patutlah kontraktor lain mengeluh ,semua projek jutaan diboloti oleh Deris Jusoh.
Selama ini sebuah laman milik Umno Terengganu ,sering mendakwa pemimpin PAS Terengganu hidup mewah,tapi hakikatnya rakyat tahu,rakyat nampak sekarang.Patutlah pemimpin umno Terengganu menggunakan taktik jahat merampas dan merompak royalti Petroleum Terengganu.Rupanya mereka nak bolot masuk poket.Deris cuba untuk menghalang MB dan lain lain dari mendedahkan perkara ini,mahkamah telah memutuskan ,hasil dari dokumen tender dan sijil pendaftaran syarikat bahawa memang Deris ada kepentingan didalam projek ini.

Yang menariknya selama ini setengah pemimpin umno tidak sedar,mereka sangka deris tidak buat perkara tersebut,mereka nampak Deris Ikhlas,tapi sekarang mereka mula dah merungut rungut marahkan deris.

Seorang pemimpin Umno diperingkat Bahagian Ab Latef Mohd Nor (bekas calon 1999)menyumpah nyumpah Deris Jusoh "Celaka Deris,aku nak bayar bill telefon pun payah,dia dapat projek jutaan"."Ini belum lagi jadi MB,kalau jadi MB Deris ni jual negerilah"kata beliau dengan muka marah.

Seorang pemimpin Umno di peringkat Dun Hasyim Ramli menyumpah nyumpah depan saya apabila cawangan beliau dalam Dun Batu Buruk membuat permohonan untuk mendapatkan sebuah komputer dari Umno Bahagian sehingga sekarang belum selesai.Sudah hampir 2 tahun permohonan dibuat,malah ketua pemuda Umno Bahagian,Mohd Sabri pernah berjanji akan membuat majlis besar besaran untuk penyerahan komputer tersebut,namum sehingga tulisan ini dibuat bayang komputer pun tak nampak.

Saya sebenarnya masih tidak disedari oleh orang orang umno,kini telah meninggalkan umno.Mereka meluahkan perasaan itu kepada saya bila bertemu,saya tidak menunjukkan sikap marah terhadap mereka,malah saya menunjukkan simpati.

Terbaru ,hari sabtu 14 Feb 2004,saya singgah disebuah pusat penyemakan daftar pemilih simulasi pilihanraya Pemuda dan Puteri,ah alangkah terperanjatnya saya melihat bagaimana Pemimpin umno hidup mewah ,Mohd Sabri Ketua Pemuda Kuala terengganu memiliki 2 kereta merc,satu Harrier tapi di pusat penyemakan tersebut masih menggunakan meja yang dibuat dari kayu kayu buangan,pembaca sekelian boleh lihat sendiri gambar yang saya sertakan ini.

Dengan menggunakan sistem semakan cara lama menggunakan buku,umno ketinggalan 18 tahun kebelakang.Saya di fahamkan oleh kawan kawan yang telah lama dengan PAS ,mereka telah menggunakan komputer sejak piliharaya umum 1986 lagi,walaupun ketika itu tidaklah meluas penggunaan nya.
Sekarang setiap Unit Peti Undi PAS mempunyai paling kurang sebuah Pc malah setiap DUN ada notebook.Mereka membeli ini semua dengan derma yang pungut sebanyak RM 5.00 SEBULAN sejak 3 tahun lalu.

Itu lah bezanya antara Umno dan PAS.Ahli Pas bersama PAS untuk menyumbang duit kepada PAS,sementara ahli umno bersama umno adalah untuk mendapat duit.

[b]HjHaprak[/b] - Ada kawan kawan yang masih dalam umno memaklumkan bahawa mereka sekadar untuk "cari makan bersama umno" - duit ambil tapi undi tetap bersama PAS


 
Idris Jangan Jadi Talibarut/Pengkianat Negeri.
02.18.04 (4:57 am)   [edit]
Tulisan ini ditujukan khas kepada Idris Jusoh dan Sukusakat UMNO Terengganu.

Yang nyatanya, Apa yang kamu dapat (Di dunia ini )?
Akhirat, kena renung dan fikir sendiri sorang2, (benda2 ghaib) wajib percaya.

Wahai Idris Jusoh ,
Dalam parti UMNO kamu adalah Timbalan Perhubungan UMNO Terengganu,
Dalam Kerajaan, Kamu adalah Pengerusi KETENGAH.
Kini kamu adalah orang yang tertinggi sekali dalam UMNO Terengganu bagi rakyat Terengganu.
Kamu adalah wakil/suara dari kelompok/puak UMNO dari Terengganu ke peringkat PUSAT.

[b]Tapi apakah status kamu di mata PAK LAH dan UMNO Pusat[/b]

Tahukah kamu, di negeri negeri lain, jawatan pengerusi sebuah agensi di Kementerian Luarbandar dan lain kementerian bukannya diduduki oleh seorang yang penting dalam parti seperti kamu. Dulu di Kelantan, Pengerusi Kesedar adalah Husin Serama, sementara Timbalan Ketua Perhubungan UMNO adalah Menteri Luar Bandar dan bukan nya Pengerusi bagi sebuah agensi seperti kamu. Taraf kamu adalah seperti Hussin Serama sahaja di Mata Mahathir / UMNO Pusat. Dan kini bagi UMNO Kelantan Mustapha Muhammad adalah Penasihat Bank Negara dan bukannya Pengerusi KESEDAR.

Untuk makluman, KETENGAH jika UMNO menang di Terengganu pada 1999i sudah tentu akan diswastakan. Kerana semua agensi KPLBandar telah diswastakan kecuali KESEDAR (kerana PAS memerintah) dan KETENGAH (dalam proses tetapi tak jadi kerana PAS menang). Kedua-dua agensi ini telah bertindak kerajaan dalam kerajaan atau kata lain Pengerusinya adalah talibarut/pengkianat bagi negeri berkenaan. Hanya orang yang gila kuasa dan memang takguna punya orang yang sanggup menerima jawatan ini. Jawatan ini bukan hebat sangat (jika dibanding dengan kedudukan dalam parti) lebih kurang Pengurus Estate sahaja.
Oleh itu, lebih baik letak jawatan atau KETENGAH perlu diswastakan (sebagimana rancangan asal dan mengikut lain lain agensi seperti DARA, KEDA, KEJORA dan lain2) – Penswstaan agensi-agensi ini pun sebahagian cita-cita Mahathir menhapuskan Jasa-jasa Tun Razak untuk menbela dan menbantu orang Melayu kelas marhain.

dan kita nok tengok setakat mana kehandalan Idris Jusoh/UMNO mengendalikannya tanpa dana dari kementerian. Yang dikatakan UMNO hebat dan pandai benor menguruskan kewangan (Pengurusan Kewangan Yang Cemerlang- Slogan Mahathir dulu).


 
UMNO Terengganu pada padangan PAK LAH/UMNO Pusat.
02.18.04 (4:55 am)   [edit]
Pilihanraya 1995, kedudukan kerusi Parlimen di Terengganu adalah 7 MP, BN dan 1 MP, PAS bagi Kelantan adalah 2 MP, BN dan 11 MP, Pembangkang.
Tadok seorang haboh pun Menteri dari negeri Terengganu dari 7 orang MP tersebut. Tak layak ke? Kalu tak layak siapa yang pilih jadi calon, bukan Mahathir kok.

Bagi Kelantan pula, ke duadua jadi Menteri, Anuar Musa jadi Menteri Luar Bandar dan Mustapha Mohd jadi menteri Pembangunan Usahawan. Kedua-dua jadi Menteri untuk perabis pitih. Sorang tukang bagi duit ke orang kampung (PPRT Desa Wawasan, FELCRA dll) dan seorang lagi tukang bagi duit ke orang cerdik sikit (beri lesen teksi, permit bas, Tabung Usahawan dll).
Jadi orang UMNO Terengganu rasa tertipulah, negeri yang kuat sokong UMNO (7 BN – 1 PAS) tapi Mahathir dok pandangpung, tapi Kelantan kuat PAS (2BN – 11 APU) dapat pelbagai keistemewaan dan dihormati.

Kini di Terengganu, kedudukannya adalah 0 BN – 8 BA, apa sebab ini terjadi, mungkin antaranya kerana layanan buruk Mahathir kepada rakyat Terengganu dan sudah tentulah UMNO Terenggganu adalah Talibarutnya dan Wan Mukhtar menjadi POK TAHIK Mahathir pada waktu itu.

Jadi Kalu Idris Jusoh sanggup jadi POK TAHIK dollah (macam Wan Mukhtar) sementara UMNO Terengganu jadi talibarut nya, maka kita percaya rakyat terengganu akan menghukum lebih terok lagi. Ingat, doa orang kena zalim, tadok hijab.

Sekecil-kecil negeri Perlis (hanya 3 Kerusi Parlimen) dapat juga seorang Menteri. Apakah Terengganu bukan dalam persekutuan malaysia, sehingga tidak ada seorang pun rakyat terengganu dilantik menjadi menteri bagi menbolehkan nya menganggotai KABINET MALAYSIA.

Kabinet ini pula telah menbuat keputusan yang membabitkan rakyat dan negeri Terengganu tanpa kehadiran satu suara pun dari Negeri Terengganu.

UMNO Terengganu mesti bertanggungjawab penuh dengan apa yang terjadi.
Idris Jusoh bukan sekadar jadi Pengurus Estate tetapi mesti menyertai KABINET MALAYSIA.

UMNO Terengganu wajib menbuat pilihan semada
Menberontak/melawan Pak Lah
atau dibubarkan sertamerta
kalau tidak
kamu adalah pengkianat bagi negeri Terengganu.
Dan carilah bumi lain untuk kamu diami (pinjam kata Yusuf Nor) – Berambuslah dari Neg. Terengganu

Nota:-

Matematik Pewaris
1). Talibarut Mahathir bermakna otomatik jadi talibarut Yahudi (Mahathir Proksi No1 Yahudi di Nusaantara)
2). Pengkianat Negeri Terengganu kini bermakna pengkianat perjuangan Islam (Kerana PAS adalah gerakan Islam sebagai ganti kepada Khulafa Islam) yang kesinambungan kewajiban menegakkan Negara Islam yang salsilahnya sampai kepada Negara Islam Madinah seterusnya kepada umat-umat terdahulu.


“Janji Allah Tetap Benar”
“Ketiga tiga Tanah Suci (Mekah, Madinah & BaitulMakdis) pastilah Islam akan menbebaskannya.”

“Ya Malikiyuamiddin”
“Kepada Dikau Kami Sembah & Kepad Dikau Kami Minta Pertolongan”

Hj Haprak - Tok Yeh tewas dalam mahkamah,lima buah bas yang menunggu untuk berarak cabut balik awal.
Dengar khabar,dimarahi Pak Lah,memungkinkan Timbalan Pengerusi Umno Terengganu bertukar lagi.




 
Spekulasi demi spekulasi: 'Nampaknya saya kena mandi bunga'-Nazri
02.18.04 (4:52 am)   [edit]
Dalam suasana yang hangat sekarang mana-mana menteri yang mendapat fokus lain macam oleh para wartawan pasti merasa tidak sedap badan.
Salah tak salah adalah soal nombor dua tetapi silap komen akan berdepan dengan bahang seperti yang dilalui oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz.

Buka mulut sudah jadi lain cerita.Beliau cabar nak saman... tokoh-tokoh pembangkang dengan relahati kata 'sila saman'.

Kini semua sedang menanti apa "buah" Rafidah seterusnya untuk berdepan dengan desakan pembangkang agar beliau diheret ke mahkamah atas dakwaan mereka salahguna kuasa lulus saham untuk menantunya sendiri.

Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pula nampaknya terpaksa melayan sakan wartawan yang terus mengasak beliau sejak Isnin.

Petang Selasa ketika menghadiri majlis ramah mesra dengan Persatuan Pemandu Teksi Selangor di Komplek Kraf di Kuala Lumpur beliau menghabiskan sebahagian besar masa sidang akhbarnya menjawab persoalan betulkah sudah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Perdana Menteri.

Berbeza dengan Rafidah yang nampak macam naik angin bila ditanya mengenai sasaran pembangkang keatasnya,Nazri mengambil pendekatan tidak kisah apa orang nak kata padanya.

Kalau masa ribut bertelingkah dengan BPR mengenai isu 6,000 permit teksi dulu beliau secara terbuka mengeluarkan kata-kata," harta saya pun tak habis makan"...nadanya tetap sama walaupun kini cara penyampaiannya lebih mesra.

Desas desus mengenainya sudah sampai ke peringkat mengatakan beliau telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri tidak lama selepas isu permit teksi reda bila Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail kata tiada salah laku dikesan dalam pemberian permit itu.

Sebuah akhbar tabloid minguan sudah main cerita dengan tajuk "Nazri letak jawatan ".

Cuti tahunannya yang panjang baru-baru ini diandaikan petanda ada sesuatu yang tidak kena.

Dalam sidang akhbar terbaru ini ketika semua orang sedang tercari-cari siapa 18 orang besar yang dimaksudkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam senarai siasatan Badan Pencegah Rasuah beliau secara bersahaja menjawab," Saya masih menteri dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Tak ada sebab saya nak letak jawatan.

Pantang mati sebelum ajal. Ini Nazri Aziz. Dia tak lari daripada cabaran. Jangan silap orang."

Katanya memang susah nak kawal cakap orang.

Dengan nada sinis beliau menambah,"sebab saya popular nak buat macam mana...orang harapkan saya letak jawatan...tetapi saya nak letak jawatan buat apa.Biarlah dia terjun dengan labu-labunya...I am still around .

Menurut Nazri beliau tidak marah wartawan bertanya beliau mengenai spekulasi tentang dirinya dan tidak akan bertindak mengancam hendak saman mana-mana pihak yang cakap mengenai dirinya.

Katanya dia masuk arina politik sejak berusia 24 tahun dan menggangapnya sebagai sebahagian dari perkara yang perlu dilalui oleh orang politik."Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai".

Menteri itu kata beliau hairan mengapa ada pihak yang mahu sangat beliau meletakan jawatan."Bila dengar pasal menteri nak kena tangkap...dia harap saya (kena tangkap).

Katanya dalam politik beliau adalah seorang yang tidak bersikap kolot."Saya bercakap benda yang benar.Saya tidak suka berlapik sebab takut mesej tidak sampai".

Beliau memberi contoh ucapannya yang jadi buah mulut satu ketika dulu menyuarakan Datuk Najib Tun Razak sesuai jadi Timbalan Perdana Menteri dan pasal meminta BPR siasat segera isu permit teksi untuk mengelak dugaan orangramai beliau bersalah.

Sebagai kesimpulan pada macam-macam spekulasi yang menyelubunginya kebelakangan ini,Nazri tampil tersenyum riang semasa menjawab berbagai soalan itu.

" Nampaknya saya kena mandi bunga,"katanya disambut oleh gelak ketawa para wartawan dan ahli persatuan teksi yang berada sekitarnya.


 
Rakyat kini dikhayalkan dengan wayang banteras rasuah
02.18.04 (4:48 am)   [edit]
Oleh [b]KALAMUTIARA[/b]

Apakah dengan tertangkapnya dua tokoh bergelar Tan Sri serta beberapa wakil rakyat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), semua orang boleh menarik nafas lega? Tentunya tidak, tetapi realitinya memang begitu.

Semaklah beberapa laman web yang ada. Kebanyakan orang mula memberi perhatian kepada Abdullah Ahmad Badawi yang menjadikan dasar "membanteras rasuah" sebagai sebahagian daripada agenda utamanya pada detik awal menduduki kerusi Perdana Menteri.

Maka terpinga-pingalah Abdullah ketika beliau ditanya mengenai penahanan Eric Chia dan Kasitah Gaddam. Bertepuk pula orang ramai. BPR dan Abdul Gani Patail senyum panjang ketika lensa kamera ditujukan kepada mereka.

Rais Yatim pun mengumumkan: 18 lagi kes rasuah membabitkan individu berprofil tinggi sedang disiasat.

Pandangan umum pun terarah kepada beberapa tokoh terkemuka yang diidam-idam menjadi sasaran BPR.

Rafidah Aziz, Nazri Aziz, Rahim Thamby Chik adalah antara nama yang disebut-sebut. Setakat ini, Rafidah dan Nazri sudah membuka mulut.

Pedulilah apa tanggapan untuk mengistilahkan reaksi Rafidah-Nazri. Melatah, melenting, membebel, atau apa saja. Yang pasti mereka bersikap angkuh.

Nazri misalnya, sudah dimaklumi memang mengambil pendekatan bongkak sejak namanya dikaitkan dengan isu pemberian permit teksi.

Rafidah pula mengancam untuk menyaman sesiapa yang terus memperkatakan isu pengagihan saham untuk keluarga terdekatnya.

Kesimpulan yang boleh disedari di sini adalah mereka memang ada alasan untuk bersikap angkuh.

Mungkin (diulangi - mungkin) mereka ada peranan yang boleh dikaitkan dengan rasuah, tetapi mereka adalah golongan cerdik pandai yang banyak pengalaman.

Nazri mendapat pendidikan sebagai peguam. Bebal sungguh Nazri jika tidak mengambil kira serkapan undang-undang ketika mengagihkan permit teksi.

Rafidah tidak akan kekal lama menjadi menteri jika tidak sedar tindakannya boleh mengundang padah.

Lalu, apa sangatlah gertakan yang dibuat pemimpin BA kepada mereka!

Seperkara lagi, yang mengumumkan jumlah kes berprofil tinggi itu adalah seorang menteri.

Kata Allahyarham Usman Awang:

Siakap senohong, gelama ikan duri;

Bercakap bohong, lama-lama jadi menteri!

Setakat manakah beraninya orang BPR menyanggah kata-kata Rais itu jika apa yang dilafazkannya itu tidak tepat.

Rais adalah seorang menteri, dan Rais juga adalah politikus. Seorang politikus pemerintah di Malaysia wajib mencuri publisiti dari semasa ke semasa.

Rais juga pasti mempunyai gagasan sendiri untuk memastikan survival politiknya terus cerah.

Drama tindakan tegas BPR ini sebenarnya masih dalam peringkat awal. Masih dalam peringkat bunga, kata sesetengah orang.

Baru muqaddimah. Jangan cepat melompat hanya dengan tertangkapnya Eric Chia dan Kasitah. Mereka mungkin ditahan dan didakwa tetapi belum tentu disabitkan dengan kesalahan di mahkamah.

Memang jika mereka ditahan tetapi gagal dibuktikan berlaku rasuah adalah suatu tragedi. Setiap tragedi adalah malang.

Dan lebih malang jika umat Malaysia yang ramai ini dikhayalkan dengan "wayang" semasa yang belum tentu penghujungnya ini ....



 
Rakyat berhak tahu mengapa Rafidah tidak didakwa walaupun pertuduhan telah siap
02.17.04 (7:27 am)   [edit]
Oleh [b]Wan Nordin Wan Yaacob [/b]

PETALING JAYA, 17 Feb (Hrkh) - Meskipun Rafidah Aziz berhak mempertahankan dirinya dari pelbagai tuduhan rasuah, namun rakyat lebih berhak mengetahui mengapa dakwaan ke atasnya tidak dibuat, meskipun kertas pertuduhan telahpun disiapkan.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) perlu menunjukkan ketelusan dan memberikan penjelasan yang memuaskan kepada rakyat Malaysia mengenai kerja-kerja siasatan yang telah dibuat ke atas beberapa kes berprofil tinggi mengenai rasuah dan salah guna kuasa.

"Ia menjadi lebih penting lagi memandangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, telah mengakui bahawa wujud sekurang-kurangnya 18 kes rasuah berprofil tinggi, termasuk yang melibatkan peringkat menteri Kabinet," tegas Lim dalam kenyataan medianya.

[b]Laporan polis Anwar[/b]

Sebagai contoh, kata Kit Siang, rakyat Malaysia berhak diberitahu hasil siasatan terhadap laporan polis pertama mengenai gejala rasuah di peringkat tinggi yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Julai 1999.

Anwar mendakwa Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad dan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah telah campur tangan dalam urusan kehakiman dengan melindungi Rafidah Aziz dari didakwa di mahkamah atas lima tuduhan rasuah.

Anwar merujuk kepada satu dokumen dari Bahagian Pendakwaan, Pejabat Petuam Negara yang bertarikh 14 Mac 1995 yang telah diberikan kepadanya semasa beliau masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Mohtar Abdullah pada akhir tahun 1995.

Jelasnya lagi, dokumen berkenaan jelas menyatakan wujudnya asas "prima facie" untuk membawa Rafidah ke mahkamah atas lima kesalahan rasuah mengikut Seksyen 2(2) Ordinan Darurat 22, 1970 berhubungan dengan tugasnya sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

[b]Dr Mahathir campur tangan[/b]

Kit Siang menambah, Anwar dalam laporannya berkata, Peguam Negara pada masa itu berasa kerja-kerja siasatan yang dilakukan oleh BPR memang cukup untuk mendakwa Rafidah Aziz atas lima kesalahan rasuah yang melibatkan pemberikan 1.5 juta saham Leader Universal Holdings Bhd dan 4,173,190 unit saham FACB kepada menantunya Fazrin Azwar bin Mohd. Nor, tetapi tiada tindakan yang diambil akhirnya setelah Dr Mahathir campur tangan.

"Soalnya, apakah BPR pernah memberitahu Anwar mengenai keputusan laporan polisnya itu, memandangkan BPR telah mengumumkan satu dasar ketelusan yang baru pada bulan Julai tahun lepas dan berjanji akan lebih responsif terhadap permintaan pengadu untuk mendapat maklumat mengenai status penyiasatan kes yang dibangkitkan mereka," tegas Kit Siang.

BPR diharap dapat mengumumkan keputusan atau laporan status kerja siasatannya mengenai laporan rasuah yang dibuat oleh Anwar mengenai Rafidah itu.

"Mengapa Rafidah tidak pernah mengambil tindakan mahkamah terhadap Anwar dalam tempoh lima tahun yang lepas kerana memburukkan nama baiknya melalui laporan polisnya terhadap Rafidah pada Julai 1999," ujarnya lagi.

[b]Pendakwaan terpilih[/b]

Sementara itu, Kordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram), S. Arutchelven menegaskan, Rafidah tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berupa ugutan kepada pemimpin pembangkang yang mahu beliau dihadapkan ke mahkamah. "Kalau Rafidah benar-benar rasa dirinya tidak bersalah, beliau perlu memberi laluan kepada BPR untuk menjalankan tanggungjawab mereka secara telus dan jujur," katanya ketika hubungi Harakahdaily.

Menurut Arutchelven, penangguhan pendakwaan ke atas Rafidah dan beberapa bekas menteri kanan kerajaan menunjukkan mereka sebenarnya dilindungi oleh Perdana Menteri dan kerajaan hanya membuat pendakwaan terpilih.

"Kerajaan perlu memberi kuasa penuh kepada BPR bagi melakukan penyiasatan tanpa sebarang campurtangan politik. Dengan itu imej BPR dapat dibersihkan dan badan itu tidak perlu lagi menunggu 'lampu hijau' dari orang atasan," ujarnya.

Beliau mengharapkan Abdullah benar-benar serius mahu menghapuskan rasuah, dengan mengambil tindakan tegas terhadap tokoh berprofil tinggi, tanpa memilih bulu.

Dalam bulan Ogos 2002, Ketua Pemuda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Noor telah disabit kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), apabila dipenjarakan dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Kesalahan Ezam ialah membocorkan butiran pertuduhan rasuah ke atas Rafidah, yang sebenarnya disiapkan oleh Jabatan Peguam Negara sendiri. Dokumen yang sama juga telah dirujuk oleh Anwar dalam laporan polisnya. - um



 
RAFIDAH TIDAK PERLU GERTAK PEMBANGKANG
02.16.04 (9:55 pm)   [edit]
Media hari ini melaporkan bahawa Menteri Datuk Rafidah Aziz memberi amaran beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin pembangkang yang menuduh beliau terbabit dalam perbuatan korupsi.

Sebagai seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (keADILan) yang disebut oleh beberapa akhbar berhubung hal ini, saya ingin mengulangi bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis perlu segera membuat siasatan dan menghadapkan Rafidah Aziz ke mahkamah setelah bukti terkumpul. Seperti diketahui umum beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya atas tuduhan rasuah.



Saya mengalu-alukan jikalau Rafidah mengambil tindakan ke atas mana-mana ketua pembangkang yang dianggapnya bersalah kerana membuat dakwaan yang tidak betul.

Sehubungan ini saya merasa pelik membaca kenyataan oleh peguam Tan Sri Eric Chia dan Datuk Kasitah Gadam, Datuk Shafie Abdullah, yang meminta supaya jangan diambil tindakan terhadap terlalu ramai menteri, kerana ini boleh memalukan.

Apakah maksud beliau dengan kenyataan yang jauh dari bijaksana ini? Adakah beliau hendak supaya semua kes korupsi yang melibatkan menteri dan tokoh-tokoh politik dan korporat yang besar-besar dibenamkan begitu saja? Dan biarkan korupsi meluas?

Saya ingin mendengar komen Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi tentang perkara ini.

[b]Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti keADILan Rakyat[/b]

 
Has Pak Lah's anti-corruption drive gone awry?
02.16.04 (9:52 pm)   [edit]
THE PRIME MINISTER, DATO' SERI Abdullah Ahmad Badawi, was firm when he declared war on corruption. But it now looks more like President George Bush's disarrayed war on terror. It turns awry before one's eyes. A business man, a cabinet minister, a few middle level civil servants are arrested and charged in court for corruption. Another 18 VIPs await their turn in court. The minister in charge of justice, Dato' Seri Rais Yatim, says most would be prosecuted, but some could not for want of convictable evidence. The cabinet is frightened sick of the policeman's knock, after what happened to a colleague, Tan Sri Kasitah Gaddam, and wants Pak Lah to slow down. One cabinet minister's house is raided while he is overseas. The market is rife with rumours of who next. The arrests though did not have the impact he expected from a society fed up of the creeping corruption around it and government inaction. The opposition dismissed it as an election gimmick. So did many a man on the street, he who would not be allowed to say their piece in the mainstream newspapers. No, says Pak Lah. It is a campaign to rid Malaysia of this evil, which to be fair until he took office did not officially exist. But there has been so many false starts and promises in the paste that it is taken as read that this is the new broom putting his mark while he still has the respect, as a new boy, of the street.

Pak Lah insists the crackdown would be unabated. "Everyone abhors corruption", he said, and it had the support of the people. It is not a gimmick. The Opposition is wrong about his intentions. But you know the Opposition. It would do anything to make fun of the National Front (BN) and poison the minds of Malaysians for political mileage. Mark you: "The election is the election. The government will carry out its obligations and we do not need to wait for the general election. Whatever we don't like - corruption - we will weed out," he said. The proof of the pudding is in the eating. It does not matter if it is or is not an election gimmick. In the end, his success will rest on how many 'big fish' he sends to jail. That is the only success that will now be accepted, in the light of the minister in charge of justice, Dato' Seri Rais's statement that only convictable cases would be brought to caught. What we need from Pak Lah is not words but action. If it is an opposition gimmick, then so be it. Why should he be bothered by the opposition barbs. It would come around to accept him as a saviour if he can pull it off. He should dismiss these barbs, and carry on regardless. If he means what he says - there is not much to hope for that, if the past is any guide; other prime ministers have made such promises and not delivered - he would have this nation's enduring gratitude. After all, in his mind, it is not an election gimmick. And he, like everyone else, "abhors corruption".

But the campaign stumbled from the start. Tan Sri Eric Chia was defiant after he was charged for corruption when he headed the government-owned, and now shut down, Perwaja Steel, for seven years until 1996, promised sparks when his trial is held, that he would not carry the can for others. He could easily pay the RM2 million bail set. But Tan Sri Kasitah Gaddam? His bail of RM1 million was paid by his daughter. How could the land and cooperative development minister from a poor family in Sabah produce this sum if he survived only on his income? That magistrates now routinely set bail in the millions, suggest an acceptance of no smoke without fire, and proven when they are met promptly. Pak Lah however lost this round when he would not sack Tan Sri Kasitah after he was charged. He appointed the man last month, and he wants him to be on leave instead until after the trial. He should suspend him without pay, until after the trial, or sack him. There is no danger of the man starving. There must be millions from where that million came from. Does it surprise then politicians in Malaysia are better financial planners than the best the banking and investment industries can provide. If Pak Lah does not act firmly on those charged, he loses ground.

Pak Lah cannot act in half measures. The ground does not believe he or his government want to root out corruption. The National Front (BN) government has over the years defanged the anti-corruption laws that no one has any fear of being caught if they are corrupt. There was once a rule about living beyond one's means, with the onus on the suspect to prove he does not. It was this rule that allowed the first director of the Anti-Corruption Agency, who rose to great heights as a Federal Court judge as Tan Sri Harun Hashim, to interdict two UMNO mentris besar, of Perak and Trengganu, in 1969. It frightened the government. The ACA has been progressively defanged that today for all the good work the ACA does, it cannot initiate prosecution of the high and mighty in government if the Prime Minister would not allow it. So whenever the ACA investigate a cabinet minister for corruption, he proudly claims he is vindicated, he could easily spend the next decade and more in jail. That is still the law.

There was one attempt to set this right. In 1997, the then Prime Minister, Tun Mahathir Mohamed, was on leave. His deputy, the now-jailed Dato' Seri Anwar Ibrahim, as acting prime minister, got the cabinet to amend the anti-corruption law to give it more powers including the right to investigate all records of whoever it investigates for up to six years previous. Retirement, or resignation, as now did not protect one. When he presented it to the cabinet, it was fiercely resisted until he asked in what now can only be described as political naivete if it does not support the amendments because the ministers have much to hide. It was passed. Two who did were one Abdullah Ahmad Badawi and one Najib Tun Razak. It was presented to Parliament, where it got its first reading quickly enough. But Dr Mahathir returned, reversed it, and it now lies in limbo. Since Pak Lah's view on corruption mirrors Dato' Seri Anwar, he should use that law as the basis, tighten its provision, and earn the undying gratitude of all and sundry that he would beard the goat.

One hopes he would. The signs of slacking are already there. Dr Mahathir insisted a cabinet minister is innocent until he is found guilty and all appeals are exhausted, and a pardon denied. Civil servants though are suspended at half pay during the process. Pak Lah applies this to Tan Sri Kasitah. Dr Mahathir misread the law. In any case that vanished when he sacked and humiliated Dato' Seri Anwar, and denied him his freedom while the cases against him wound its way through the courts. The man, ill and in a wheelchair, fights a rear guard battle in the courts to be allowed bail so he could get medical treatment. The government insists he is not entitled to it. He could, you see, subborn witnesses. But all his cases are on appeal. No witness are needed for legal arguments. Is the government afraid he would subborn the judges instead? Could not Tan Sri Eric Chia and Tan Sri Kasitah subborn witnessess? So, why are they given bail? Why is he reluctant to force Tan Sri Kasitah's resignation now that he is charged? Or does he takes this route because Tan Sri Kasitah is about to end his two three-year terms in the Senate, and would be automatically out of the cabinet? That could be, but he is at the heart of Pak Lah's most potent campaign as prime minister. He cannot afford to blink. He should not.

[b]M.G.G. Pillai
pillai@streamyx.com[/b]

 
Nazri turut jadi fokus...'sabar dan tunggu kebenaran akan terbukti juga akhirnya'
02.16.04 (9:51 pm)   [edit]
Setelah berlaku pertelingkahan hangat antaranya dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak lama dulu,Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz nampak seolah sedar namanya turut dilambak ke dalam teka teki siapa 18 orang orang kenamaan yang dalam siasatan agensi itu.
Beliau juga kelihatan agak berhati-hati ketika diminta mengulas isu yang hangat diperbualkan itu ketika sidang akhbar selepas satu acara di Komplek Kraftangan Isnin.

Kebelakangan ini sekalipun diisytiharkan oleh BPR tiada apa-apa kes terhadapnya berikutan ribut pasal isu 6,000 permit teksi beliau diselunbungi oleh beberapa desas desus termasuk laporan oleh sebuah akhbar tabloid mingguan mengatakan beliau sudah menghantar surat meletakan jawatan sebagai menteri.

"Sebagai menteri, saya tidak boleh lari ke mana. Ia adalah cakap orang dan menjadi bualan.Bersabar serta tunggu sajalah. Kebenaran akan terbukti juga akhirnya,"katanya.

Berbeza dengan nadanya semasa bertelingkah dengan BPR mengenai isu permit teksi dulu,Nazri berkata beliau tidak marah kepada BPR kerana badan itu hanya melaksanakan tugasnya.

"BPR patut diberi kebebasan penuh untuk menjalankan tugasnya iaitu membanteras rasuah dan menteri juga tidak terkecuali daripadanya. Kita tidak boleh amalkan tindakan berbeza," katanya.

Mengenai kemungkinan pembangkang akan mengambil kesempatan daripada isu ini pada pilihan raya umum akan datang, Nazri berkata perkara itu tidak sedikit pun membimbangkan beliau.

"Saya tidak peduli sedikit pun apa yang dikatakan oleh pembangkang. Pembangkang dilahirkan untuk membangkang, mereka memang pelek," katanya.


 
Rasuah: Ezam persila Rafidah kemuka saman
02.16.04 (9:48 pm)   [edit]
Oleh [b]Roy Rasul dan
Hafiz Mohd Baqi [/b]

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Hrkh) - Ketua Angkatan Muda KeADILan, Ezam Mohd Noor, hari ini mempersilakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz supaya menyaman beliau secepat mungkin.

Menurut Ezam, beliau tetap berpegang kepada dokumen Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Jabatan Peguam Negara yang dengan jelas menunjukkan Rafidah mesti didakwa bersabit lima pertuduhan terhadapnya.

"Saya akan berpegang kepada dokumen BPR dan Jabatan Peguam Negara kerana ia menunjukkan Rafidah mesti didakwa dengan lima pertuduhan malah saya berani mendakwa selama ini beliau dilindungi," katanya ketika diminta mengulas amaran Rafidah yang akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pemimpin Barisan Alternatif (BA) yang terus mengaitkan namanya dengan rasuah.

Bahagian pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, pada Mac 1995, telahpun menyiapkan butiran pertuduhan terhadap Rafidah, antara lain berkaitan peruntukan 1,500,000 unit saham Leader Universal Holdings Bhd, kepada menantunya, Fazrin Azwar Mohd Noor.

Rafidah merupakan pengerusi Jawatankuasa Pembahagian Saham Khas Bumiputera, yang meluluskan saham berkenaan.

Sehubungan itu Ezam mendesak pihak berkuasa bukan sahaja mengambil tindakan terhadap Rafidah tetapi juga terhadap individu yang cuba melindunginya. Sementara itu, beberapa pemimpin BA akan terus mendesak Rafidah dibawa ke muka pengadilan berhubung pertuduhan rasuah terhadapnya.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan terus memberitahu rakyat mengenai mana-mana pemimpin yang mempunyai pertuduhan rasuah termasuk Rafidah sehingga kes tersebut dibawa ke mahkamah.

"Rafidah tidak perlu cepat melatah untuk memberi amaran kepada sesiapa kerana kalau beliau tidak bersalah tiada tindakan diambil ke atasnya," kata beliau. Justeru, kata beliau amaran yang diberikan oleh Rafidah supaya tidak mengaitkan dirinya dengan rasuah tidak menggentarkan mereka, malahan tekanan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa.

Ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu, pula berkata kes Rafidah adalah kes mahkamah yang perlu dibawa ke muka pengadilan.

Beliau berkata sekiranya kes tersebut tidak dibawa ke mahkamah, beliau akan terus mendesak melalui apa sahaja saluran yang ada termasuk Parlimen.

"Saya tidak akan berhenti membicarakan kes ini sehingga ia diselesaikan oleh mahkamah," tegas beliau.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mahfuz Omar pula berkata, beliau tidak gentar jika Rafidah mengambil tindakan mahkamah terhadap pemimpin BA. Ini katanya, apa yang beliau dedahkan mengenai kes rasuah Rafidah adalah bersandarkan kepada kenyataan BPR.

"Jika Rafidah berani, beliau sewajarnya mengambil tindakan ke atas BPR dahulu kerana BPR yang mengaitkan beliau dengan amalan rasuah dalam Dokumen Rahsia Rasmi yang telah mengheret Ezam ke penjara," tegasnya. - mks.



 
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Idris Jusoh
02.15.04 (12:06 am)   [edit]
KUALA TERENGGANU, 14 Feb (Hrkh) – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Dato’ Idris Jusoh untuk mendapat perintah bagi menghalang Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada terus menyiarkan laporan yang didakwa memfitnahnya.

Hakim Datuk Ahmad Maarop semasa membuat keputusan itu berkata, mahkamah tidak dapat membuktikan konspirasi yang didakwa oleh Idris selaku plaintif yang boleh merosakkan maruahnya.

Beliau menambah, mahkamah juga tidak dapat memutuskan mengenai ketepatan laporan yang disiarkan dalam Harakah dan Warta Darul Iman itu sebagai ucapan yang sebenarnya dibuat oleh Abdul Hadi.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa keputusan yang dibuat itu bukanlah penghakiman yang sebenar terhadap kes saman tersebut.

Menurutnya, ia hanyalah bagi permohonan injunksi manakala penghakiman terhadap kes saman itu akan dibuat selepas perbicaraannya berakhir.

Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Presiden PAS selaku defedan pertama dalam kes tersebut dan lima yang lain diwakili oleh Peguam Haji Sulaiman Abdullah, Ahmad Lutfi Awang dan Khaled Abd Latif manakala Idris diwakili oleh Peguam Alvin John dan Lu Kee Chee.

Hakim Datuk Ahmad Maarop pada 11 Februari lalu telah mendengar permohonan interparte (dua pihak) Idris yang dikemukakan melalui peguamnya bagi mendapatkan perintah menghalang itu dan menetapkan keputusan pada 14 Februari (hari ini).

Pada 26 Januari lalu, Idris mendapat injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi yang akan luput pada 15 Februari ini (esok) bagi menghalang defendan daripada mengulangi, menyiarkan, mencetak, menerbit atau mengedarkan laporan yang disiarkan dalam Warta Darul Iman bertarikh 8 Januari dan Harakah bertarikh 16 Januari lalu sehingga perbicaran penuh saman plaintif terhadap semua defendan.

Plaintif juga menamakan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Ketua Pengarang Harakah, Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Warta Darul Iman, Haji Mohamed Jusoh, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd dan Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd sebagai defendan.- ayu



 
Idris peroleh injunksi sementara ke atas Hadi
02.15.04 (12:05 am)   [edit]
KUALA TERENGGANU 25 Jan. - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Idris Jusoh hari ini memperoleh perintah injunksi sementara terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan lima defenden lain untuk menghalang daripada mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya.

Perintah ex-parte itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ahmad Maarop di kamar beliau selepas membenarkan permohonan plaintif melalui peguamnya, Alvin John.

Plaintif menyenaraikan Abdul Hadi sebagai defenden pertama, Setiausaha Agung Pas, Nasharuddin Mat Isa (kedua) dan Ketua Pengarang Harakah, Zulkifli Sulong (ketiga).

Turut disenaraikan oleh plaintif ialah pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd. (keempat), Ketua Pengarang Warta Darul Iman, Mohamed Jusoh (kelima) dan Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. (keenam).

Perintah tersebut antara lain menghalang kesemua defendan dan agen-agennya daripada terus menyiar atau menyebabkan artikel mengenai fitnah terhadap Idris diterbitkan.

Hakim menetapkan 11 Februari ini untuk mendengar pandangan kedua-dua belah pihak.

Warta Darul Iman pada 11 Januari lalu menyiarkan kenyataan Abdul Hadi di dalam artikel bertajuk `Bolot RM195.8 juta' dan Harakah pada 16 Januari lalu menyiarkan artikel bertajuk `Idris Jusoh Bolot Projek Wang Ihsan RM39 juta.'

Sebelum ini, Pegawai Khas Idris, Roslan Abdul Rahman membuat laporan polis berhubung kenyataan Abdul Hadi itu.

Laporan itu mendakwa kenyataan Abdul Hadi berniat jahat dan cuba menghasut rakyat supaya membenci Idris, kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional Terengganu.

Idris mendakwa kenyataan itu juga sebagai palsu dan tidak bertanggungjawab serta bertujuan menjejaskan imej beliau dan UMNO menjelang pilihan raya di samping menanam kebencian rakyat.


 
Saya tunggu di Mahkamah - Hadi
02.14.04 (11:54 pm)   [edit]
[b]Dua projek sekolah dipindah dan tidak siap ikut jadual[/b]

Oleh: [b]Mohamed Jusoh[/b]

KUALA TERENGGANU: Sekurang-kurangnya dua projek sekolah baru termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Pengadang Baru yang dibina melalui syarikat Jusoh Enterprise Sdn Bhd milik Pengerusi KETENGAH, Idris Jusoh bukan sahaja di pindahkan ke kawasan lain, malah tidak siap pada masa yang dijadualkan. Sekolah kompleks itu yang bernilai RM14.1 juta itu yang sepatutnya di bina di di Kawasan DUN Alor Limbat telah dipindahkan ke Padang Kemunting di kawasan DUN Setiu, kira-kira 30 kilometer dari tempat asal dan sepatutnya siap 1 Mei tahun lalu.

Begitu juga Sekolah Kebangsaan Pengkalan Arang di kawasan DUN Tepoh telah dipindahkan ke Bukit Bayas dalam kawasan DUN Batu Rakit yang sepatutnya siap pada 11 November tahun lalu tetapi setakat ini terbiar setelah meratakan tapak. Serentak dengan itu Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, beliau akan tunggu dan menjawab soalan mengenai penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin parti pembangkang Terengganu di mahkamah nanti.

Beliau mencabar Idris yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu segera mengambil tindakan undang-undang terhadapnya dan pengarang Warta Darul Iman sekiranya laporan muka depan lidah rasmi dwi bulanan kerajaan negeri itu tidak tepat. "Soalan berkaitan boleh dikemukakan di mahkamah" katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco mengenai hasrat Idris mahu saman Menteri Besar dan Pengarang Warta Darul Iman yang kononnya membawa unsur fitnah.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi ditanya mengenai kenyataan dalam sebuah akhbar perdana yang mendakwa Idris sebagai berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Terengganu berhubung artikel yang didakwanya mengandungi unsur fitnah. Sebelum itu Warta Darul Iman keluaran lalu melaporkan tentang empat orang pemimpin pembangkang di Terengganu telah membolot sekurang-kurangnya sembilan projek pembinaan bangunan sekolah baru dan tambahan melalui syarikat milik masing-masing bernilai RM195.8 juta.

Ini melibatkan Idris Jusoh, Dato’ Haji Roslan Awang Chik, Haji Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan Dato’ Haji Che Mat Jusoh melalui Enterprise Sdn Bhd bernilai RM38.8 juta, Konsortium Kontraktor Berwibawa RM102.28 juta, RME Holding Sdn Bhd RM34.2 juta, Detra Bina Berhad RM7.7 juta dan Redha Budi Sdn Bhd RM12.8 juta. Menjawab pertanyaan pemberita, berkaitan dengan kenyataan Idris yang akan mengambil tindakan undang-undang, Menteri Besar menegaskan, seboleh-bolehnya dipercepatkan supaya perbicaraan itu dibuat sebelum pilihanraya nanti.

"Itu yang saya tunggu sebenarnya, dan saya mengalu-alukan. Saya sangat gembira cadangan dia nak saman. Itu membolehkan kita memberi segala alasan-alasan, segala hujah". "Ini juga membolehkan kita mendedahkan lagi nama-nama orang lain, bukan sahaja empat orang itu. Kita ada senarai yang lebih ramai. Insya Allah, bila tiba masanya kita akan bentangkan kepada masyarakat, kerana kita payah nak suruh BPR siasat, nak suruh bawa mahkamah susah, dia tolong bawa ke mahkamah, itu baguslah".

Menteri Besar bagaimanapun memberitahu, setakat ini, beliau tidak membuat laporan kepada BPR setelah merasakan BPR aktif dan proaktif, ‘kerana kita melihat sudah ada prosedur yang berlaku kepada BPR sendiri, bila ada laporan dalam Dewan Negeri, petang dia siasat. Itu kita yakin kalau ada laporan akhbar, dia akan siasat’.

"Cuma kita mengatakan kesediaan untuk membantu BPR untuk memberi segala dokumen dan kita menyimpan dokumen-dokumen, bukan sahaja kita buat kenyataan rambang. Kita ada dokumen-dokumen. Mengenai kenyataan Idris bahawa dia tidak ada kepentingan dalam syarikat tersebut, Tuan Guru Haji Abdul Awang menegaskan, perkara itu boleh di sebut dalam mahkamah.

 
Idris to sue Hadi and Warta Darul Iman for slander
02.14.04 (11:52 pm)   [edit]
KUALA TERENGGANU Jan 13 - The deputy chairman of the Terengganu UMNO Liaison Committee, Datuk Idris Jusoh said Tuesday that he would sue Menteri Besar Datuk Seri Abdul Hadi Awang and the state government's official organ, Warta Darul Iman for slander.

He said Abdul Hadi's allegation that he had monopolised RM38.8 million worth of projects to build schools in the state through Jusoh Enterprise Sdn Bhd was slanderous.

"I will lodge a police report tomorrow and I have also contacted my lawyer to institute legal action," he told reporters after presenting assistance in the form of school uniforms under the Federal Government Special Fund at Kampung Bukit Wan here.

The Warta Darul Iman in its latest issue published an allegation that Idris had obtained a project to build three new school buildings and one additional school in Terengganu.

Also incriminated in the allegation was the Special Officer to the Prime Minister in Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh, President of the Malay Contractor Association of Malaysia Datuk Roslan Awang Chik and Terengganu UMNO Information Chief Mohd Nasir Ibrahim Fikri.

Idris, who is also Terengganu Tengah Development Authority (Ketengah) Chairman, said Pas had resorted to character assassination because it was running out of issues.

Asked what had compelled him to sue Abdul Hadi, who is also Pas President and Warta Darul Iman, Idris said that if he let it pass, he feared that the people would assume the allegation as true.

"This is also to safeguard the image of the Barisan Nasional goverment under the leadership of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," he said.

He said he relinquished his interest in the company when he became a deputy minister in 1995.


 
Laporan BPR: Penyelewengan pemimpin Umno
02.14.04 (11:45 pm)   [edit]
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS akan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa penyelewengan dan salah laku pemimpin-pemimpin Umno di negeri ini. Menurutnya, penyelewengan dan salah laku tersebut melibatkan peringkat Badan Perhubungan Negeri dan Bahagian melalui projek-projek yang diadakan di seluruh negeri.

"InsyaAllah, dalam masa yang singkat ini satu laporan akan dibuat kepada BPR dan kita mengharapkan BPR akan menunjukkan suatu ketelusan," ujarnya kepada pemberita selepas mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Wisma Darul Iman baru-baru ini.

Beliau berkata, laporan tersebut merupakan satu percubaan kepimpinan baru Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengatakan untuk bertindak membanteras rasuah dan penyelewengan di semua peringkat. Tambahnya, ia juga merupakan satu pembuka pintu untuk meyakinkan pembangkang di negara ini sama ada boleh bekerjasama dengan Umno ataupun tidak.

"Kalau ada perubahan yang menunjukkan sikap yang positif, kita boleh bekerjasama dengan Umno dalam beberapa hal yang lain," ujarnya. Beliau menambah, perkara tersebut akan didedahkan pada masa yang sesuai dan pada masa ini pihaknya mengambil keputusan untuk tidak mendedahkannya lagi.

"Apabila tiba suatu masa yang sesuai, kita akan dedahkan nama-nama tersebut dan yang ramai terlibat ialah daripada Perhubungan Negeri sehinggalah Bahagian-bahagian dan kita ada senarai semuanya," katanya. Menurutnya, persediaan ke arah tersebut sudah ada dengan data dan jumlah-jumlahnya sekali.

Menurutnya, rakyat di negeri ini menerima nasib malang kerana hanya mendapat sekitar RM300 hingga RM500 sahaja sedangkan mereka (Pemimpin Perhubungan Negeri dan Bahagian) mendapat lebih banyak lagi malah jutaan ringgit. "Dana khas ada, projek-projek pun ada, banyak penyelewengan dan salah guna kuasa bernilai berjuta-juta ringgit,’’ ujarnya lagi.




 
Bolot RM195.8 juta
02.14.04 (11:43 pm)   [edit]
[b]Bolot RM195.8 juta : Melibatkan projek sekolah oleh empat pemimpin pembangkang di Terengganu [/b]

KUALA TERENGGANU: Empat orang pemimpin pembangkang di Terengganu telah membolot sekurang-kurangnya sembilan projek pembinaan bangunan sekolah baru dan bangunan tambahan sekolah melalui syarikat milik masing-masing dengan jumlah RM195,813,562.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Dato’ Haji Idris Jusoh yang juga Timbalan Ketua Perhubungan Umno Terengganu memperolehi tiga buah bangunan sekolah baru dan sebuah sekolah tambahan RM38,830,885.50, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Dato’ Haji Che Mat Jusoh bolot dua buah bernilai RM12,800,676.50.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Dato’ Haji Roslan Awang Chik yang juga ahli jawatankuasa Perhubungan Umno Terenganu membolot dua projek bernilai RM136, 482,000 manakala Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Cawangan Terengganu. Haji Mohd Nasir Dato’ Ibrahim Fikri yang juga Ketua Penerangan Perhubungan Umno Terengganu dengan satu projek bernilai RM7,700,000.

Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan butir-butir ini selepas majlis angkat sumpah Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu Tahun 2004 berkata, ini adalah perangkaan awal dan akan di laporkan kepada BPR.

Beliau menambah, masih banyak lagi yang berada dalam simpanan untuk di perkemaskan dengan bukti yang cukup dan lengkap sebelum ianya boleh didedahkan kepada umum dari masa ke semasa.

Menurutnya, Idris yang juga Ketua Umno bahagian Besut melalui syarikatnya, Jusoh Enterprise Sdn Bhd membolot dua sekolah di Besut iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila (RM13,550,070.50), Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud (RM6,918,115) dan dua lagi sekolah di Kuala Terengganu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaaan Kompleks Pengadang Baru (RM14,100,000) dan Sekolah Menengah Tanjung Gelam (RM4,262,700).

Che Mat Jusoh yang juga ahli jawatankuasa Umno Kuala Terengganu melalui syarikatnya, Redha Budi Sdn Bhd membolot pembinaan sekolah di Kemaman iaitu Sekolah Kebangsaan Kemasek (RM2,664,026) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (RM10,136,650.50) manakala Mohd Nasir yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus melalui syarikat Detra Bina Berhad membolot projek Sekolah Kebangsaan Paka,Dungun (RM7,7000,000).

Pada masa yang sama, Roslan yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu melalui dua syarikatnya iaitu Konsortium Kontraktor Berwibawa Terengganu mendapat projek Politeknik Dungun (RM102,282,000) dan syarikat RME Holding Sdn Bhd pula memperolehi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Batu Rakit, Kuala Terengganu.




 
Bicarakan segera Kasitah dan dedahkan senarai 18 individu - Mahfuz
02.14.04 (6:52 pm)   [edit]
Oleh [b]Saidatul Amani [/b]

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Hrkh) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Rais Yatim perlu mengumumkan senarai 18 individu berprofil tinggi yang terlibat dalam kes rasuah, tegas Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

Menurut beliau, pendedahan nama-nama yang terlibat itu penting untuk pengetahuan rakyat bagi menggelakkan terdapat unsur-unsur perlindungan terutama bagi kes rasuah yang sudah lama.

Beliau berkata, pendedahan itu juga dapat melihatkan ketelusan pimpinan kerajaan dalam memerangi gejala rasuah bagi rakyat mengetahui tindakan pembangkang PAS yang membuat laporan kepada pihak polis.

Mahfuz berkata demikian dalam sidang media berhubung siasatan kes rasuah yang dilakukan oleh Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam, di Pejabat Agung PAS, Taman Melewar, tengahari tadi.

“Kasitah Gaddam dan isu perwaja merupakan kes rasuah yang melibatkan kepentingan awam dan kes ini tidak perlu ditangguhkan untuk dibicarakan dalam mahkamah,” tegasnya.

Mahfuz yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berharap Ketua Hakim Negara dan Mahkamah dapat mempercepatkan perbicaraan kes Kasitah Gaddam sebelum menjelang pilihan raya umum.

“Saya yakin pihak mahkamah dapat maklumat yang tepat dan cepat tarikh pilihan raya daripada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi,” jelasnya.

Beliau berpandangan perbicaraan yang cepat akan memudahkan kerajaan BN mengenal pasti siapakah antara calon-calon yang layak serta bersih daripada sebarang korupsi untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti.

Dalam sidang media itu juga beliau turut berharap Badan Pencegah Rasuah (BPR) dapat menjelaskan status pertuduhan terhadap Menteri Perindustrian dan Antarabangsa, Dato’ Seri Rafidah Aziz sebagai satu kekuatan untuk didakwa dalam mahkamah.

Ketika ditanya apakah implikasi terhadap PAS apabila Abdullah menangkap ramai menteri yang terlibat dengan rasuah beliau menegaskan, ini merupakan suatu tindakan yang positif kepada BA (PAS dan KeADILan) kerana selama ini BA memberi tekanan terhadap kerajaan supaya membasmi gejala rasuah.- mks.



 
BELUM CUKUP DENGAN MENANGKAP KASITAH GADAM
02.13.04 (4:12 pm)   [edit]
[u]Kenyataan Media[/u]

Parti Keadilan Rakyat (keADILan) mengalukan tindakan Bada Pencegah Rasuah (BPR) menangkap dan mendakwa Kasitah Gadam, Menteri Tanah dan Koperasi, atas tuduhan korupsi. Tetapi penangkapan beliau ini masih belum menjadi bukti cukup bahawa Abdullah benar-benar serius dan akan berkesan membanteras korupsi.

Sebenarnya korupsi sudah menjadi penyakit yang sangat kronik dalam masyarakat, terutama di kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi dalam
pemerintahan UMNO-BN. Abdullah perlu memberi kebebasan penuh kepada BPR untuk bertindak lebih luas lagi, supaya penangkapan Kasitah, dan sebelum itu Eric Chia, tidak akan berakhir di situ saja.

Ramai orang mengetahui kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz dan Tan Seri Rahim Tamby Chik telah pun disiapkan dan ditandatangani oleh tidak lain tidak bukan Tan Sri Abdul Ghani Patail sendiri sebelum beliau menjadi Peguam Negara. Tetapi kertas pertuduhan ini ditarik balik kerana Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, membersihkan nama Rafidah dalam Parlimen, setelah Rafidah mencabar akan mendedahkan nama menteri-menteri lain. Sekarang bagaimana?

Bagaimana pula juga dengan menteri-menteri yang telah dibuat laporan-laporan polis ke atas mereka, seperti: Datuk Seri Najib, Datuk Seri Samy Vellu, Datuk Seri Lim Liong Sik, Tan Sri Megat Junid, Tun Daim Zainuddin, bahkan juga Tun Dr Mahathir? Seterusnya, Datuk Seri Abdullah sendiri perlu membersihkan nama dengan membenarkan siasatan dan tindakan diambil ke atas anak, adik dan diri beliau sendiri. Sekiranya segala ini tidak dilakukan, ramai tidak akan yakin Abdullah benar-benar serius.

Memang benar penangkapan dan hukuman ke atas menteri atau tokoh-tokoh korporat tidak akan menjamin rasuah dapat dihapuskan. Tetapi, ia boleh memberikan mesej yang jelas dan mengakibatkan bakal perasuah memikir dua kali sebelum melakukan perbuatan rasuah yang sangat jijik itu. Oleh kerana korupsi sebenarnya paling teruk di kalangan para pemimpin politik, dan pengaruh buruknya mudah meluas di kalangan lain, maka tindakan hendaklah ditutamakan terhadap mereka.

Tindakan ke atas Kasitah dan Eric Chia tidak harus terbantut di situ saja, sebagai token dan untuk memisungkan perhatian rakyat dari yu-yu ganas di tepi kain dan di sekeliling pinggang Perdana Menteri. Kita juga tidak harus terbawa-bawa dengan berita yang dibesar-besarkan oleh media mengenai dua penangkapan ini sehingga terlupa akan masalah-masalah ekonomi dan sosial yang serius juga.

[b]Dr Syed Husin Ali[/b]
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat



 
Penangkapan Seorang Menteri Untuk Dilapah Harimau
02.13.04 (4:04 pm)   [edit]
[b]Is the arrests of a cabinet minister to feed the tiger or to stop corruption in its tracks?[/b]

Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, kini terjebak dalam perangkap bikinan sendiri. Seorang kroni TKT yang satu ketika dahulu merupakan seorang peniaga terkemuka, Tan Sri Eric Chia, telah ditahan tiga hari lalu dan didakwa kerana rasuah semasa beliau mengepalai Perwaja Steel sekitar pertengahan 90-an. Tiga hari kemudiannya, pagi tadi (12 Februari 2004) Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gadam, telah didakwa apa yang dikatakan kesalahan yang dilakukannya pada akhir 1990-an dulu. Turut ditangkap bersama beliau ialah Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Sabah, Datuk Wasli Mohamad Said. Kedua-dua orang Tan Sri itu telah dibebaskan dengan ikat jamin masing-masing RM2 juta dan RM1 juta. Ada seorang lagi Tan Sri yang dipercayai akan ditahan tidak lama lagi. Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah membuat siasatan terhadap satu kes selama sembilan tahun dan dalam satu kes lagi itu selama empat tahun, dan mendakwa mereka itu kerana Paklah mahu membuktikan betapa beliau benar-benar berazam membersihkan rasuah ke akar umbinya. Inilah yang mencetuskan lebih banyak teka-teki daripada jawapannya.

Memang Paklah tidak boleh berhenti setakat itu, sekarang ini. Dia mesti kotakan apa yang dijanjinya. Kalau BPR memerlukan lima hingga sepuluh tahun untuk menyiasat kes rasuah, apakah mereka benar-benar cekap? Tidak banyak keyakinan yang dapat mereka tonjolkan dalam membanteras korupsi. Kes kelas tinggi ini hanya satu pertunjukan betapa ia menjalankan tugas tanpa takut-takut ataupun berpilih-pilih sedangkan itulah gelagat yang sudah lama diperlekeh dan dihumban oleh rakyat jelata sejurus mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dikenakan tuduhan kerana korupsi. Apakah ini merupakan peluang terbaik untuk BPR membetulkan imejnya? Namun, ia bertugas hanya untuk satu tujuan politik yang amat nyata. Segala siasatan bermula semasa Tun Kepala Taik Mahathir masih menjadi Perdana Menteri. Kemudian kes itu diperam begitu sahaja. BPR tidak pula bertindak sehinggalah pengganti TKT memerlukan sesuatu yang menarik untuk membuktikan betapa beliau memang serius mahu membanteras korupsi.

Penangkapan yang pertama ternyata satu kesilapan. Tan Sri Eric Chia telah menyerlahkan keberanian kerana yakin betapa dia terpaksa menjadi mangsa kerana orang lain yang sama-sama bersalah, dan berkata dia akan mempertahankan dirinya daripada segala tuduhan yang dikenakan. Apa pun motif sebenar, penangkapan Tan Sri Eric Chia tidak berupaya memuaskan keghairahan besar bahawa Paklah memang benar-benar mahu membanteras korupsi. Ada seorang ahli politik PAS yang menulis dalam keluaran terkini Harakah betapa dia telah membuat laporan polis mengenai aktiviti rasuah yang membabitkan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Dato' Seri Rafidah Aziz, dua tahun dahulu, tetapi satu tindakan pun tidak pernah dilakukan. Ratusan laporan polis telah dibuat beberapa tahun lalu terhadap kegiatan rasuah para anggota kabinet dan di kalangan orang-orang atasan. Tidak ada satu siasatan yang dilakukan.

Kalau setakat satu dua penangkapan yang membabitkan jerung dan pegawai kerajaan kelas menengah, memang tidak memadai. Sebarang harapan betapa penangkapan Tan Sri Eric Chia dapat mendinginkan laungan yang mahukan tindakan keras memang merupakan satu tanggapan yang tidak kena pada tempatnya. Lantas, pada pagi tiada seorang menteri kabinet terpaksa dikorbankan. Akan tetapi, penangkapan Tan Sri Kasitah itu melantun balik ke muka Paklah. Seandainya kes ini telah mula disiasat pada 1999, kenapa pula dia tidak menyedarinya semasa melantik Kasitah menganggotai kabinet beliau? AFP melaporkan bahawa Tan Sri Kasitah adalah orang lantikan Tun Kepala Taik Mahathir. Memang betul perkara itu dan itulah jadinya tetapi sekarang ini dia merupakan orang lantikan Paklah. Dia menganggotai kabinet Paklah bukan kerana dia dilantik oleh TKT tetapi kerana dia telah dipilih oleh Paklah. Penangkapan beliau kini, bukan boleh dijadikan satu bukti kukuh bahawa Paklah memang serious mahu membanteras korupsi. Sebenarnya ia menyerlahkan betapa Paklah tidak pandai memilih orang yang patut menganggotai kabinetnya. Inilah yang tidak mencerminkan naluri anti-rasuah yang ada padanya, cuma dia tidak pandai memilih orang. Apakah setiap agensi kerajaan tidak melakukan siasatan dan pemeriksaan rapi terhadap lantikan kabinet? Tentu tidak. Kenapa agaknya?

Setakat ini tuduhan korupsi itu tidak mendedahkan apa-apa. Siasatan kes itu semua telah siap beberapa tahun yang lalu. Kalau ada alasan lain akan membogelkan BPR dan apa juga siasatan yang lain itu sebagai tidak cekap. Kalau kes korupsi memerlukan bertahun-tahun untuk disiapkan siasatannya, bagaimana mungkin kita percaya kepada BPR untuk membanteras korupsi? Ini bererti Paklah memang telah melakukan sesuatu yang betul dalam penangkapan itu tetapi dia ternyata silap dengan cara melakukannya. Dia cuba menangguk kemenangan dalam tindakannya. Inilah yang sudah melantun kesannya. Apakah tujuan penangkapan itu untuk melencung skandal yang lebih besar aibnya yang berlaku di halamannya sendiri, sabit pembabitan syarikat anaknya dengan skandal penjualan teknologi nuklear oleh Dr. A.Q Khan. Akhbar Malaysia tidak pun memberikan liputan besar dalam kes ini seperti yang sepatutnya. Kerana itu para pembaca terpaksa meraba-raba mencari intipati ceritanya yang sebenar.

Kenapakah Paklah semakin tidak boleh dipercayai? Sedangkan korupsi adalah sentiasa berada di bibir orang ramai. Kita semua sudah menjadi mangsa kepada perbuatan terkutuk ini di peringkat bawahan lagi. Kita terpaksa menyogok wang kepada pegawai kerajaan di peringkat bawahan untuk memudahkan urusan kerja kita dan begitu juga pada kelas atasan yang kita perlukan khidmat mereka. Kalau Paklah mahu dipercayai beliau terpaksa bertindak tegas seperti yang dikatakannya, dan dia mesti bermula di peringkat atasan, yang mempunyai banyak kes rasuah yang telah dilaporkan. Kalau segala laporan itu telah dibuat dengan niat jahat, kumpulan yang membuat aduan itu mesti juga dikenakan tuduhan kerana menyongsangkan pihak berkuasa. Apa pun, Paklah mesti bertindak tegas. Tapi tidak pun ada pertanda itu dalam tindakannya terhadap korupsi. Buat masa ini, semacam ada satu cabutan nombor bertuah, di mana sesiapa yang mendapat nombor bertuah itu bukannya bersalah tetapi cuma tidak bernasib baik sahaja. Tentu sekali itu bukannya tujuan Paklah mahukan rakyat beranggapan begitu. Paklah tidak mempunyai banyak masa sebenarnnya. Dia terjebak dalam perangkap yang telah dipasang untuk menjerutnya. Sama ada itu perkara disengajakan ataupun tidak oleh orang yang digantinya itu, bukan menjadi soalnya. Paklah sedang berdepan dengan masyarakat Melayu yang tidak lagi rela menerima UMNO semula sebagai pelindung budaya mereka. Paklah terpaksa melupakan ketaksuban lama betapa UMNO adalah pemimpin bangsa Melayu. Kemelut yang menghantui Anwar sudah menjadi pencetus perubahan tanggapan itu. Apa yang dilaungkannya sebagai jihad membanteras korupsi itu ternyata tidak ditegaskannya sepenuh hati kerana mempunyai agenda peribadi sendiri. Memang terlalu ramai yang tidak mempercayai Paklah lagi. Inilah kesilapan segala perancangan beliau. Untuk dipercayai, langkah pertama yang patut dilaksanakan ialah menentukan rakyat jelata mempunyai keyakinan terhadapnya. Inilah yang belum dilakukannya dan lebih memburukkan keadaan dia dikatakan masih mentah dan terlalu bergantung kepada bengkung ketuanya dahulu. Orang tidak yakin apakah Paklah benar-benar boleh bertindak sendirian, ataupun dia sebenarnnya menjadi boneka mainan si dalang. Walaupun ada secebis keyakinan yang dia mampu bertindak sendirian, masih banyak kesangsian bahawasanya segala tindakan itu adalah bertujuan melencongkan skandal yang bakal menjadi mimpi ngeri baginya. Inilah dilemma Paklah. Lagi cepat dia menyelesaikannya, lagi baik untuk masa depan politiknya.

[b]MGG Pillai [/b]
[b]pillai@streamyx.com [/b]
Terjemahan MT-SPAR


 
BA mesti menang besar untuk pastikan kes rasuah terdedah di mahkamah
02.13.04 (3:59 pm)   [edit]
Oleh [b]ZAINAL[/b]

Penangkapan dan pendakwaan ke atas Eric Chia telah lama kita tunggu. Baru sekarang (selepas 10 tahun) pemerintah bertindak, atas alasan sebelum ini tidak cukup bukti.

Dari cara Eric Chia bercakap dengan pihak media, dia cukup konfiden dan tidak berasa takut dengan tuduhan rasuah itu.

Mungkin beliau akan mendedahkan satu persatu isu Perwaja ini, yang berkemungkinan membabitkan pemimpin besar negara (sekarang dan dahulu).

Saya rasakan tindakan kerajaan menangkap dan mendakwa Eric Chia tu adalah gimik politik menjelang pilihan raya. Ia hanya bertujuan menggembalikan rasa konfiden rakyat kepada BN.

Percayalah, selepas pilihanraya nanti dan jika BN menang besa,r kes Eric Chia ini akan sejuk dan beliau mungkin dibebaskan atas alasan kurang bukti!

Maka selamatlah mereka yang terbabit sama di belakang tabir dari pendedahan di mahkamah nanti.

Kalau diteruskan pendakwaan maka akan terkeluarlah bermacam-macam pekung dan "shit" yang membabitkan ramai pimpinan atasan BN.

Maklumlah wang yang hilang bukan sedikit, ia melibatkan berbilion ringgit wang rakyat.

Tidak mungkin Eric Chia seorang boleh membuat keputusan yang melibatkan jumlah wang sebegitu besar kalau tidak ada arahan dari orang yang lebih berkuasa darinya!

Kalau rakyat mahukan kerajaan meneruskan dakwaan ke atas perasuah-perasuah seperti ini, maka mereka haruslah memilih BA dalam pilihanraya nanti.

Kalau BA menang besar berbanding pilihanraya 1999 maka BN terpaksa akur dan meneruskan tindakan membasmi rasuah untuk menunjukkan sikap "telus" mereka bagi menawan kembali hati rakyat.

Kalau BN menang besar, alamat selamatlah pemimpin yang bergelumang dengan rasuah ini.

Kes Eric Chia hanya timbul sebelum negara hadapi pilihanraya 2004, walhal kes ini telah berlaku sekitar 1994. Pilihanraya akan berlaku sekitar Mac dan pendakwaan pula hanya akan didengar pada Ogos 2004, yakni selepas selesai pilihanraya.

Justeru, pihak BA haruslah menerangkan kepada seluruh rakyat dengan jelas isu membabitkan rasuah berbilion ringgit ini bagi mengelak rakyat terkeliru dengan dakyah BN.

Hanya apabila BA mendapat sokongan besar saja BN akan benar-benar mengambil tindakan lebih serius membanteras korupsi dan amalan salahguna kuasa itu.

Jika BN menang besar, maka akan tertutup rapatlah segala kes-kes gergasi rasuah membabitkan ikan-ikan jerung.



 
Right Bar HTML: